www.waktusolat.net


ASSALAMUALAIKUM,AHLAN WA SAHLAN FOR ALL MUSLIM IN THE WORLD :p DOAKAN PALESTINE ,SYRIA ,ROHINGYA DAN LAIN 2X SELAMAT

Salji Milik Allah :)

Find Me At :

Selasa, 6 November 2012

USRAH ? JOM :D





Usrah berasal dari perkataan Arab yang ertinya keluarga. Ia merupakan satu proses pentarbiyyahan individu muslim secara berkumpulan bagi menghayati dan memahami agama Islam secara syumulnya dan seterusnya melahirkan generasi yang soleh dan solehah. Usrah bukanlah semata-mata suatu pertemuan yang diadakan sebagai medan perbincangan ilmu atau peringatan tetapi sebenarnya lebih itu. Firman Allah SWT:Maksudnya.

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)”.
Al-Ma'idah (5:2)






Kesimpulannya.
Tarbiyyah bukanlah suatu proses pembelajaran ilmu semata-mata. Ia menuntut kepada perubahan pada diri seseorang. Kepentingan tarbiyyah kepada ahli-ahli gerakan Islam tidak boleh dinafikan lagi. Sedarlah saudara,diantara sekian banyak cara tarbiyyah, usrah adalah yang paling penting dan berkesan sekali. Justeru itu, ia amat perlu dihidupkan dengan sebaiknya dan mengikut kaedahnya yang sebenar. Semua pimpinan dan ahli-ahli bertanggungjawab di dalam hal ini. Adapun cara-cara tarbiyyah yang lain adalah tidak kurang pentingnya, tetapi ia hanyalah sebagai pelengkap atau tambahan kepada program tarbiyyah yang bersifat harian atau mingguan. 
Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada kita untuk memahami dan menghayati Islam yang sebenarnya. Amin…



Tiada ulasan:

Catat Ulasan