www.waktusolat.net


ASSALAMUALAIKUM,AHLAN WA SAHLAN FOR ALL MUSLIM IN THE WORLD :p DOAKAN PALESTINE ,SYRIA ,ROHINGYA DAN LAIN 2X SELAMAT

Salji Milik Allah :)

Find Me At :

Rabu, 26 Disember 2012

Ada apa dengan cinta ?



Kau kata kau sayang Allah ? tapi kenapa masih melakukan perkara yang Allah murka , yang Allah tak suka ? Kenapa ?

Kau kata kau sayang Rasulullah ? tapi kenapa kau membelakangkan ajaran Nabi ? Kenapa ?

#Tepuk dada , tanya IMAN :')

___*___*___*___*___*___*___*___*___*___*___*___*

Kau yang mengaku cinta kepada nabimu 

Kau yang mengaku merindukan nabimu 

Jika kau benar-benar cinta dan rindu kepada Muhammad nabimu 

Buktikan 
Taati perintah-Nya, tinggalkan larangan-Nya 
Teladani akhlaknya 
Niscaya kelak kau akan berjumpa dengan Rasullallah 
Niscaya kelak kau akan berkumpul dengan Rasullallah

___*___*___*___*___*___*___*___*___*___*___*___*___*___*___*___*_

Menyelak lembaran cinta 
Tidak sesempurna cinta Muhammad pada umatnya
Persis sinar mentari pagi
Hadirmu membawa Ilahi
Ditemani semangat dan cinta Khadijah
Cekal dirimu menyebar dakwah 
Tika najis menyentuh jasad
Tulus kau berdoa agar hidayah memayungi umat 
Dalam dakapan penghujung nyawa 
Lafaz ummati diakhir bicara
Deraian air mata membasahi bumi
Tika khabar dirimu dijemput Ilahi
Tiada setanding hebat cintamu 
Acuan agung yang Maha Esa
Walau jasad tidak pernah bertemu
Selawat dan salam akan sentiasa berlagu
Meniti hidup dalam SunnahmuTanda cinta kasih dari ummatmu

Rasulullah s. a. w. bersabda,
"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.."


Ya Rasulullah , aku rindu padamu . :'(



Dari Anas r.a. Nabi s.a.w sabdanya :
"Tiga perkara yang sesiapa memilikinya , dia akan mendapat kemanisan iman .

(pertama) Hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai selain kedua-duanya
(kedua)    Hendaklah dia mencintai seseorang kerana Allah .
(Ketiga)   Hendaklah dia benci untuk kembali kekotoran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke        dalam neraka "

Hadis sahih riwayat Bukhari .


Rabu, 28 November 2012

JAGA MATA, JAGA IMAN !! :D


Assal
amualaikum

wahai sahabat - sahabatku sekalian .Ana berharap kalian dalam keadaan sihat belaka .Disini ana nak ucapkan terima kasih kepada kalian sebab sudi lawat blog ana . hoho


Alhamdulillah disini ana berkesempatan untuk update 1 kali lagi ..hehe ..Emm , sebenarnya tak tahu nak tulis pasal apa ... ?? cuma nak kongsi sikit la ,,sikit je untuk hari ini .. hehehe

Daripada Huzaifah, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud

 : "Pandangan adalah salah satu anak panah beracun daripada iblis .Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah , Maka Allah akan memberikan keimanan yang manisnya terasa di dalam hati . "
 [ Riwayat al-Hakim ]


Menjaga pandangan suatu kewajiban , bukan ?? ye betul . Setiap Mukmin ;lelaki dan perempuan wajib melakukannya . Tujuannya agar mereka terselamat daripada tali - tali syaitan yang akan menjeratnya ke lembah maksiat .
Allah S.W.T berfirman , maksudnya
: "Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman supaya menahan pandangan mereka , dan memelihara kehormatan mereka . Yang demikianlah itu lebih suci bagi mereka . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan . " [Surah al - Nur 24 : 30]
Pandangan yang tidak terjaga ibarat panah beracun yang menembus ke dalam dada . Jika tidak segera diubati , racun itu akan merosakkan minda dan hati kita . Dosa zina selalu bermula daripada pandangan .

Orang yang berzina tidak akan mulia selama - lamanya. Dia hidup kegelisahan semasa di dunia dan diakhirat pula dia akan menerima azab Allah yang sangat perih . Allahu Allah .. 


p/s : jangan pernah angkuh atau malu untuk bersujud kepada Allah.. marilah cari jalan pulang bersama .Allah Maha Pengampun  :)
  



JAGA MATA , JAGA IMAN .

Mata jendela hati .Kesannya sangat besar dalam menjaga kejernihan hati .Mata yang tidak terjaga menyebabkan hati dan minda menjadi keruh dan kotor . Oleh sebab itu , para ulama daripada kalangan salafussoleh sangat mengambil berat dalam pandangan .



TAHUKAH ANDA ??
"KERANA SATU LIRIKAN KADANGKALA MEMBAWA PENYESALAN YANG SANGAT PANJANG ."




Rabu, 7 November 2012

Aku yang Berdosa

Jom baca kisah Akhi dan Ukhti:

Akhi: Kenapa kau tak tutup aurat?Ukhti : Eleh! Orang yang tutup aurat belum tentu masuk Syurga!Akhi : Seandainya Rasulullah masih ada. Adakah kau juga akan bercakap begitu kepada baginda?
...
Ukhti : Err... ini, aku...
Akhi : Seandainya Rasulullah masih hidup, mungkin hancur luluh hati baginda mendengar jawapan kau! Umatnya! Seandainya baginda di depan kau, mungkin baginda dengan pantas mengeluarkan air mata! Tidakkah kau rindu padanya? Tidakkah kau kasih padanya? Tidakkah kau cinta padanya? Tidakkah kau tahu betapa baginda sayangkan umatnya? Tentu baginda kecewa dengan kau kerana tidak mematuhi perintah baginda! Pakai tudung, baju lengan pendek. Adakah ini yang diajar Nabi kita?
Ukhti : (menangis) maafkan aku Ya Allah ! Terima kasih akhi . :'(
x

Selasa, 6 November 2012

USRAH ? JOM :D





Usrah berasal dari perkataan Arab yang ertinya keluarga. Ia merupakan satu proses pentarbiyyahan individu muslim secara berkumpulan bagi menghayati dan memahami agama Islam secara syumulnya dan seterusnya melahirkan generasi yang soleh dan solehah. Usrah bukanlah semata-mata suatu pertemuan yang diadakan sebagai medan perbincangan ilmu atau peringatan tetapi sebenarnya lebih itu. Firman Allah SWT:Maksudnya.

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)”.
Al-Ma'idah (5:2)






Kesimpulannya.
Tarbiyyah bukanlah suatu proses pembelajaran ilmu semata-mata. Ia menuntut kepada perubahan pada diri seseorang. Kepentingan tarbiyyah kepada ahli-ahli gerakan Islam tidak boleh dinafikan lagi. Sedarlah saudara,diantara sekian banyak cara tarbiyyah, usrah adalah yang paling penting dan berkesan sekali. Justeru itu, ia amat perlu dihidupkan dengan sebaiknya dan mengikut kaedahnya yang sebenar. Semua pimpinan dan ahli-ahli bertanggungjawab di dalam hal ini. Adapun cara-cara tarbiyyah yang lain adalah tidak kurang pentingnya, tetapi ia hanyalah sebagai pelengkap atau tambahan kepada program tarbiyyah yang bersifat harian atau mingguan. 
Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada kita untuk memahami dan menghayati Islam yang sebenarnya. Amin…



Sabtu, 3 November 2012

RASULULLAH S.A.W DAN KUCINGNYA


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. 




Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. 

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. 

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali. 

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh di pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Kepada para sahabatnya, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri. 

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri. 

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. 

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya.